
TAUTAN UKHUWAH
Wednesday, August 11, 2010
Buat sahabat, teman & taulan..... 'Marhaban Ya Ramadan'
Monday, July 12, 2010
Takziah buat Ustaz Abdul Rahman (Man Peng) : La Tahzan

BATU GAJAH, 11 Julai - Tiga pelajar sekolah terbunuh, manakala seorang cedera parah apabila ditimpa bumbung konkrit sebuah stor bijih timah usang di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13, Muhamad Hisham Alias, 12, dan Muhamad Safwan Abdul Aziz, 13, manakala rakan mereka yang cedera Mohd Shahir Zairi, 13, dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ahmad Nuzol, Muhamad Safwan dan Mohd Shahir adalah pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof manakala Muhamad Hisham pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Tin. Kedua-dua sekolah terletak di Tanjung Tualang.
Kesemua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dijumpai kira-kira 10 malam oleh kaum keluarga dan penduduk kampung, katanya kepada pemberita pada Ahad.
Friday, July 2, 2010
Monday, June 28, 2010
IQ Test
Sesiapa yang rasa dirinya genius boleh menjawab soalan di bawah ni, bukan teka teki teka tekuk, bukan soalan trick tapi IQ test cara Islam. Siapa dapat markah penuh mmg gua tabik spring.
Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?
Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?
Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?
: : : : Jawapannya
Kata Imam Ghazali
1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.
5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.
6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Wallahualam.Wednesday, May 26, 2010
Jika isteri menangis dihadapanmu…..
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
