TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,
Showing posts with label SIMPATI BUAT FAHMI. Show all posts
Showing posts with label SIMPATI BUAT FAHMI. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

BERITA TERKINI FAHMI 22.3.2009 : MENYAMPAKAN SUMBANGAN KALIAN

Alhamdulillah, pada 20.3.2009 tempoh hari aku bersama keluarga Pok War berkesempatan mengunjungi Pok Mie di Hospital Besar Kota Bharu. Kelihatan Pok Mie sedang berehat sambil membaca akhbar harian. Keadaan beliau kelihatan stabil namun badannya jelas semakin kurus. Beliau yang kini sedang menantikan laporan doktor agar permohonan beliau untuk 'tranfer' ke Hospital Jajahan Pasir Puteh diterima. Difahamkan ada satu lagi sahaja kekosongan rawatan lanjutan harian pesakit 'Hemodilisis' disana. Pada minggu lepas beliau dimasukkan ke wad ICU selama 4 hari akibat tidak sedarkan diri. Ianya bukanlah seperti yang diwar-warkan sebelum ini kerna silap makan namun yang sebenarya ia adalah kerana kesan proses rawatan menggunakan air yang mengakibatkan paru-parunya berair.Kini Alhamdulillah telah stabil dan mengharapkan doa sahabat dan kalian agar dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan akan memberi kegembiraan buat isterinya yang tidak bekerja serta 3 anak-anaknya yang masih memerlukan gelak ketawa ayahnya. Bagi membantu meringankan bebanan beliau maka kita bersama bantulah seadanya dengan doa dan wang ringgit yang mana sumbangan dari dana yang kita telah tubuhkan. Pada petang tersebut aku sempat mengeluarkan wang dana dari akaun tersebut berjumlah RM300 kepada beliau yang disaksikan oleh Pok War sekeluraga. Moga sumbangan sahabat2 dan kalian setidaknya akan menjadikan kita ukhuwah yang jitu dihari mendatang. Maka teruskan sumbangan ANDA, Insyallah kan sama2 kita sampaikan bantuan tersebut.

Monday, March 9, 2009

TERKINI : BERITA FAHMI.....

Laporan jam : 8.00 pm 13.3.2009 sms diterima daripada Ismail :- aku baru je balik tengok Pok Mie, dia molek doh...kini telah sedar dan boleh bercakap, masih di Hospital Besar KB. terima kasih atas doa berterusan dari KALIAN. Laporan jam : 11.16 am 10.3.2009 sms diterima dari Pok Edz : - aku tel fahmi satni, ayah dia angkat. dia kata ari ini 3 ari dh di wad ICU. Sekarang dia x sedar lg, tp kaki tangan nampak dh mula gerak2 sikit. Ayahnya cakap, dia mungkin tersalah makan. - TERUSKAN BERDOA!!!Mohon dapatkan sebarang usaha termasuk solat hajat buat SAHABAT kita.

Tuesday, February 10, 2009

LANCARKAN TABUNG DANA KHAS FAHMI

'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani'
hizbi76.blogspot team melancarkan Tabung Dana Khas Fahmi (wa akun minasholihin) Ketika ini saya telah pun mengosongkan akaun tersebut bagi kemudahan kita bersama sahabat-sahabat yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada Sdra. Muhammad Fahmi. Beliau kini sedang menerima rawatan lanjut di HOSPITAL KOTA BHARU, Wad Panglima 5, Katil 30. Akaun ini akan dibuka mengikut fasa 1 dalam tempoh sebulan ini. Insyaallah jika terkumpul maka akan diserahkan secepat mungkin. Mohon kerjasama kita yang prihatin untuk menyebarkan misi ini seterusnya bertindak menyumbang segera seikhlas hati. ' Jadikanlah nikmat kesyukuran kita sebagai manfaat mereka yang memerlukan'

Sunday, February 8, 2009

CERIA DALAM KESAKITAN

Kunjungan Kami (Pok Nuar, Pok Aiedz & Penulis sekeluarga) Ke Wad 7c, Hospital Besar Ipoh. 7.2.2009 jam 1.00 ptg. Setelah seminggu bermula 1.2.2009, sahabat kita Pok Mie berada di Hospital Besar, Ipoh. Mulanya beliau yang telah memandu sendiri keretanya ke hospital pada tanggal tersebut diarahkan melapor diri ke Unit Kecemasan. Hasil pemeriksaan jelas dilaporkan bahawa kedua-dua ginjal (buah pinggang) beliau telah didapati ROSAK. Sejurus berkenaan beliau menerima rawatan 'Homeodialisis' menerusi menebuk lubang dibahagian perut beliau. Dalam tempoh seminggu ini 4 kali 'Homeodialisis' telah dijalankan.Bertindak dengan laoran perubatan , beliau kini memohon berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu. Maka seawal 4 pagi (8.2.2009) beliau 'check out' Hospital Besar Ipoh untuk tujuan tersebut dengan alasan perlu melapor diri di HKB sebelum jam 12 tghri bagi memastikan beliau stabil dan diberikan anti biotik pada jam berkenaan. Sehubungan itu saya mengesyorkan agar kita sama-sama berdoa keselamatan dan kesihatan Pok Mie semakin pulih. Langkah selanjutnya SATU TABUNG KHAS dicadang untuk ditubuhkan buatnya dari kita rangkaian MTPA @ Maktab Perguruan Islam 97-2000. Usaha ini tidak akan berhasil jika tiada kerjasama sesama kita dalam merangkaikan bagi membantu mengurangkan beban kesengsaraan sahabat kita Pok Mie. Untuk maklumat Isteri beliau tidak bekerja. (Surirumah sepenuh masa) Dalam masa yang sama diharapkan juga semua pembaca, pelayar blog ini agar sama-sama memberikan 'sms' semangat buat beliau yang sedang menerima ujian ALLAH ini. Bagi tujuan maklumat untuk dihubungi : Unit Tabung Khas Pok Mie - 019-9344250 (Pok Aiedz) 'sms semangat' buat Pok Mie - *019-5295673 (Pok Mie) *jgn berharap utk dibalas kerana mungkin rawatan sedang dijalankan. Moga kita sama-sama mendoakan sahabat kita kan sihat bagi meneruskan misi mendidik anak bangsa. Nyatakan respon ANDA , klik komen dibawah ini. Terima kasih. Sebarkan buat sahabat2 lain.

Thursday, February 5, 2009

DOA KALIAN SAHABAT DITAGIH : PEJUANG KEBENARAN & SAHABAT YANG MENGERANG

Buat kalian sahabat-sahabat, dimaklumkan disini jam 7 mlm tadi (5.2.2009) dalam kesedihan digulingkan secara terancang, satu sms yang menambahkan lagi kesedihan tersebut. .....fahmi dok spital beso IPOH. smggu dh. aku pun baru tau, mail royak kt aku. dia (fahmi) xbgtahu pun kt aku. sakit buah pinggang, teruk gak. kena buat homeodialisis 3 kali seminggu.... -sms dari Pok Aiedz Insya Allah aku akan menjejaki fahmi esok (6.2.2009) Mohon kalian doakan bersama. berita lainkan menyusul.......

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets