TAUTAN UKHUWAH
Sunday, March 22, 2009
BERITA TERKINI FAHMI 22.3.2009 : MENYAMPAKAN SUMBANGAN KALIAN
Alhamdulillah, pada 20.3.2009 tempoh hari aku bersama keluarga Pok War berkesempatan mengunjungi Pok Mie di Hospital Besar Kota Bharu. Kelihatan Pok Mie sedang berehat sambil membaca akhbar harian. Keadaan beliau kelihatan stabil namun badannya jelas semakin kurus. Beliau yang kini sedang menantikan laporan doktor agar permohonan beliau untuk 'tranfer' ke Hospital Jajahan Pasir Puteh diterima. Difahamkan ada satu lagi sahaja kekosongan rawatan lanjutan harian pesakit 'Hemodilisis' disana. Pada minggu lepas beliau dimasukkan ke wad ICU selama 4 hari akibat tidak sedarkan diri. Ianya bukanlah seperti yang diwar-warkan sebelum ini kerna silap makan namun yang sebenarya ia adalah kerana kesan proses rawatan menggunakan air yang mengakibatkan paru-parunya berair.Kini Alhamdulillah telah stabil dan mengharapkan doa sahabat dan kalian agar dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan akan memberi kegembiraan buat isterinya yang tidak bekerja serta 3 anak-anaknya yang masih memerlukan gelak ketawa ayahnya. Bagi membantu meringankan bebanan beliau maka kita bersama bantulah seadanya dengan doa dan wang ringgit yang mana sumbangan dari dana yang kita telah tubuhkan. Pada petang tersebut aku sempat mengeluarkan wang dana dari akaun tersebut berjumlah RM300 kepada beliau yang disaksikan oleh Pok War sekeluraga. Moga sumbangan sahabat2 dan kalian setidaknya akan menjadikan kita ukhuwah yang jitu dihari mendatang. Maka teruskan sumbangan ANDA, Insyallah kan sama2 kita sampaikan bantuan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BUKU PELAWAT
BERITA TERDAHULU
Powered by Blogger Widgets
No comments:
Post a Comment