12.30 am perjalanan kami (aku & haris) mula menyusuri jalan persisiran pantai barat. Kg Gajah - Simpang 4 - Sabak Bernam - Sekincan - Kuala Selangor - Meru. Rumah Sdra Halid menjadi destinasi seawal 2.30 pagi. Pertama kali kami hadir di Taman Desa Permai iaitu kediaman rasmi Halid bersama isteri tercintanya Azizla. Walaupun awal pagi baru tiba namun kami yang telah sekian lama tak bertemu maka sesi berbual melangkaui hingga jam 4.20 am.
Check in kami jam 2.30 am namun atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan Sdra Halid selaku Guru Displin & Pengerusi Kelab Guru & Staf sekolahnya, maka kami terpaksa check out seawal jam 6.45 am. Untuk itu hanya sejam lebih sahaja tidurnya kami di katil king size pagi tu. Halid berkongsi cerita perjalanan seharian kehidupan beliau yang jelas bagi kami sangat padat. Al-maklumlah komited terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik sekolah serta yang lebih besar adalah selaku tenaga pengajar al-quran komuniti setempatnya sendiri.
45 orang anak murid ngaji dirumahnya 3 kali seminggu.... hebat dan syabas buat Halid & Azizla... Moga usaha murni ini akan memantapkan ilmu dan amal kalian.
No comments:
Post a Comment