banyak sungguh kenangan kami dilereng bukit ini
Setelah check out dari kediaman adik montel kami tu. Kami menyusuri Klang - Shah Alam - Puchong - Putrajaya - Sg Merab. 8.30 am kami tiba di perkarangan Institut Perguruan Islam Malaysia IPGM Kampus Pendidikan Islam, yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam MPI, Bangi.
Sejarah lalu terkenang kembali dan kami menghadirkan diri di Masjid As-Shafie beriktikaf. Jam 9.00 am telah dijadualkan disini Program Kuliah Dhuha sempena Karnival Keusahawanan Islam IPIM. Kuliah disampaikan oleh Penceramah Bebas Al-Fadhil Ustaz Ridzuan Nor. Menyingkap sejarawan Islam dan perjuangan mereka sebagai iktibar remaja Islam masakini. Sejuk tenang dan terharu kami pabila berada di dalam Masji ini. Terngiyang2 Alyarham Ustaz Ridhuan Shafie memimpin kami beberapa orang menadah Kitab Bulughul Maram. Sebagaimana biasa majlis yang diatur secantik dan sehebat rencana namun kehadiran pendengar dan pencinta ilmu sangat kurang. Inilah realiti masakini, tidak tahu bagaimana kesudahannya.
No comments:
Post a Comment