TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Monday, May 3, 2010

Rapat Ukhuwah : Part III

Jam 9.50 am kami berdua bergerak ke Kedai Makan bersebelahan sekolah praktikum akhir kami pada tahun 2000 iaitu SK Abu Bakar Baginda. Disini kami bertemu janji dengan seorang sahabat ketika praktikum tempohari iaitu Sdra Manap Abd. Rahman.
Beliau yang sehingga kini masih bertugas di sekolah tersebut adalah sahabat yang sering ambil berat jika kami hadir di area bangi dan putrajaya. Kami bersarapan bersama dan berbual2. Pengalaman bekerja di kota metropolitan ini menjadikan kami lebih bersyukur ditempatkan di kampung sendiri. Alhamdulillah. Kami mengakhiri pertemuan kami dengan manap jam 10.40 am. http://manaphotography2u.blogspot.com/ * Jika ingin khidmat photografer dengan harga yang amat berpatutan leh hubungi beliau.

Rapatkan Ukhuwah - Part II

banyak sungguh kenangan kami dilereng bukit ini Setelah check out dari kediaman adik montel kami tu. Kami menyusuri Klang - Shah Alam - Puchong - Putrajaya - Sg Merab. 8.30 am kami tiba di perkarangan Institut Perguruan Islam Malaysia IPGM Kampus Pendidikan Islam, yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam MPI, Bangi.
Sejarah lalu terkenang kembali dan kami menghadirkan diri di Masjid As-Shafie beriktikaf. Jam 9.00 am telah dijadualkan disini Program Kuliah Dhuha sempena Karnival Keusahawanan Islam IPIM. Kuliah disampaikan oleh Penceramah Bebas Al-Fadhil Ustaz Ridzuan Nor. Menyingkap sejarawan Islam dan perjuangan mereka sebagai iktibar remaja Islam masakini. Sejuk tenang dan terharu kami pabila berada di dalam Masji ini. Terngiyang2 Alyarham Ustaz Ridhuan Shafie memimpin kami beberapa orang menadah Kitab Bulughul Maram. Sebagaimana biasa majlis yang diatur secantik dan sehebat rencana namun kehadiran pendengar dan pencinta ilmu sangat kurang. Inilah realiti masakini, tidak tahu bagaimana kesudahannya.

Misi : Ziarah Merapatkan Ukhuwah

1hb. Mei 2010, Tema Perjalanan 'Ziarah Mengeratkan Ukhuwah'
12.30 am perjalanan kami (aku & haris) mula menyusuri jalan persisiran pantai barat. Kg Gajah - Simpang 4 - Sabak Bernam - Sekincan - Kuala Selangor - Meru. Rumah Sdra Halid menjadi destinasi seawal 2.30 pagi. Pertama kali kami hadir di Taman Desa Permai iaitu kediaman rasmi Halid bersama isteri tercintanya Azizla. Walaupun awal pagi baru tiba namun kami yang telah sekian lama tak bertemu maka sesi berbual melangkaui hingga jam 4.20 am.
Check in kami jam 2.30 am namun atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan Sdra Halid selaku Guru Displin & Pengerusi Kelab Guru & Staf sekolahnya, maka kami terpaksa check out seawal jam 6.45 am. Untuk itu hanya sejam lebih sahaja tidurnya kami di katil king size pagi tu. Halid berkongsi cerita perjalanan seharian kehidupan beliau yang jelas bagi kami sangat padat. Al-maklumlah komited terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik sekolah serta yang lebih besar adalah selaku tenaga pengajar al-quran komuniti setempatnya sendiri. 45 orang anak murid ngaji dirumahnya 3 kali seminggu.... hebat dan syabas buat Halid & Azizla... Moga usaha murni ini akan memantapkan ilmu dan amal kalian.

Monday, April 26, 2010

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH

Disaat hari2 bertugas, kelapangan waktu berkumpul bersama sahabat2 adalah sangat dituntut dalam Islam. Terima kasih kepada Anuar Razali yang prihatin tentang hal itu. Pada 25.4.2010 bertempat di Teratak Nuar, Titi Gantong, kami telah berkumpul bagi bertanya2kan khabar sesama diri. Anuar dan Intan yang telah pun menetap di Titi Gantong menjadikan rumah mereka kunjungan kami yang lain. Turut sama hadir Pok Edz (Syed Azman) sekeluarga, Pok Mie (Sdra Fahmi) sekeluarga, Man Peng keseorangan dan admin sendiri bersama keluarga. Kami telah dapat berbual sambil mengetahui situasi sahabat sesama. Kami bersetuju untuk bersama menziarahi Sdra Sahabat kami Syed Hishamuddin yang kini sedang diuji Allah. Insyallah pada 1 Mei 2010 kami akan bergerak ke Bangi dan membawa harapan besar melihat tahap kesihatan sahabat tersebut. Situasi 50-50 , dalam keputusan doktok bagi menjalankan operatetion barah otaknya memungkinkan kami untuk hadir menziarahinya. Moga Allah akan menyembuh penyakit nya demi kelangsungan hidup bersama keluarga tercinta. Nasi dagang, bihun goreng dan pelbagai juadah telah disediakan buat kami oleh tuan rumah serta poklak kengkawan. Namun admin sekeluarga tak dapat menyertai mereka yang lain bergerak ke Pantai Teluk Batik sejurus perbincangan tersebut. Insyallah kita sama akan ke Bangi minggu depan 1.5.2010, kengkawan yang lain jika ingin turut serta bersama pada tarikh tersebut menziarahi sahabat di Bangi come join us amat2 dialu-alukan. Kini jumlah kutipan dana sebanyak RM40 sahaja. Kami amat2 mengalukan sumbangan lagi ke no akaun tertera. **Alhamdulillah Sdra Fahmi kelihatan sihat walaupun terpaksa menghadiri hemodalisis 3 kali seminggu. Moga Allah permudahkan segala2nya untuk dia dan kita semua.

Tuesday, March 23, 2010

KEPRIHATINAN SAHABAT DITAGIH - Syed Hishamuddin

Suatu ketika lalu kita sama-sama dikejutkan dengan berita Syed Hishamuddin yang mengidap penyakit Ketumbuhan Dalam Otak. Kita juga telah dimaklumkan dengan kaedah rawatan yang hampir memulihkan sepenuhnya. Pada ketika itu saya sempat dipertemukan dengan beliau sewaktu beliau hadir menziarahi saya untuk berlepas ke Tanah Suci, Oktober 2009 lalu. Beliau menyatakan penyakitnya semakin pulih.
Namun minggu lepas 17.3.2010, saya dikejutkan dengan panggilan oleh beliau yang suaranya juga amat berlainan dari biasa. Lantas, beliau menyatakan bahawa ketumbuhan dalam otaknya kembali aktif akibat terlanggar pantang larangan dari sudut pemakanan. Kini beliau yang sedang bertugas di SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, sedang bertarung dengan penyakit tersebut bersama-sama isteri dan 5 anak-anaknya. Beliau sempat menyatakan rayuan kepada saya untuk disampaikan kepada sahabat-sahabat lain agar sama-sama membantunya dari sudut sumbangan kewangan dan doa kesihatan yang berterusan. Amat terharu atas rayuan tersebut, maka atas permintaan sahabat-sahabat lain saya membuka kembali kepada sahabat akaun 'Dana Khas Syed Hishamuddin' mulai hari ini hinggalah 2 bulan yang mendatang bagi fasa pertama untuk saya kumpul dan serahkan kepada nya kelak. Mohon sahabat2 pembaca memanjangkannya. HARAP MAKLUM.

Monday, March 22, 2010

KOD BAHAN YANG TIDAK HALAL

Disenaraikan kod bagi unsur-unsur TIDAK HALAL yang TERLALU BANYAK berada di dalam pasaran kita hari ini. Sekadar berkongsi sama buat kita semua dan dinasihatkan untuk copy gambo ini ke dalam handphone masing-masing dan pastikan menyemak setiap belian kita. ANDA AKAN BERTEMU dengan bahan demikian. - Sumber ini telah disahkan oleh pegawai2 kesihatan yang sangat peka tentang produk kehalalan sesuatu pemakanan.

Wednesday, March 10, 2010

alamat terbaru

Nama:*
Email:*
No. IC:*
Alamat menyurat/Nama Koloh:*
Reunion kali Ke 2* Setuju
X mboh
Suke Hatilah
Verification No.:*
contact form faq

Contact forms generated by 123ContactForm

Monday, February 15, 2010

INGATAN PENTING , PERLU DIBACA...

SALAM....Ingatan & berwaspadalah !!!!! Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih 1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif. 3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... . 4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling..... ......... .......... ......... .....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. 5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja... Dr Muhd Hishamuddin b Abdul Halim Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

Thursday, February 11, 2010

B.A.H.A.G.I.A punyai takrifan berbeza...

Bahagia seseorang terletak pada diri dan keakraban seisinya terhadap Allah. Namun adakalanya takrifan tersebut berbeza mengikut pasangan masing-masing.(**Gambar Hiasan) B.A.H.A.G.I.A. takrifan yang sangat unik untuk dirungkaikan. Yang pasti buat diri kita sebagai Hamba dhoif , pencarian bahagia tiada penghujungnya melainkan disulami dengan erti kemanisan I.M.A.N dan B.E.R.J.E.M.A.A.H sesama muslim yang lain. fikir2kan kita bersama.
* Moga ALLAH limpahkan buat kita BAHAGIA selama-lamanya.

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets