TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Friday, December 17, 2010

D.U.I.T.

D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Tuesday, September 21, 2010

Antara menutup aurat dengan 'Membungkus Aurat'

Soal jawab sanggul tudung yang kini menjadi trend...
Assalamualaikum ustaz, Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim). Ada yang menyatakan seperti ini... Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya. dan pendapat lain adalah seperti berikut Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya. Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj : "Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25) Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.
SEBAB PENGHARAMAN Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut: SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN Rasulullah saw bersabda : “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim) Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut : “Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal" Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.
SEBAB KEDUA: PENIPUAN Muawiyah berkata : "Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya. Kesimpulan : Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih) Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar? Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam. Jawapannya Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya. Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik. Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya. Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud : “Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim). Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini. sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/05/sanggul-tinggi-trend-tudung-masa-kini.html

Wednesday, August 11, 2010

Monday, July 12, 2010

Takziah buat Ustaz Abdul Rahman (Man Peng) : La Tahzan

Takziah buat Ustaz Abdul Rahman (Man Peng) diatas berita kematian anak muridnya dari SK Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak. Moga Ilmu yang telah dicurahkan oleh ustaznya kini dijadikan sandaran syurga Allah bagi murid tersebut.
BATU GAJAH, 11 Julai - Tiga pelajar sekolah terbunuh, manakala seorang cedera parah apabila ditimpa bumbung konkrit sebuah stor bijih timah usang di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang di sini Sabtu. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13, Muhamad Hisham Alias, 12, dan Muhamad Safwan Abdul Aziz, 13, manakala rakan mereka yang cedera Mohd Shahir Zairi, 13, dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Ahmad Nuzol, Muhamad Safwan dan Mohd Shahir adalah pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof manakala Muhamad Hisham pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Tin. Kedua-dua sekolah terletak di Tanjung Tualang. Kesemua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dijumpai kira-kira 10 malam oleh kaum keluarga dan penduduk kampung, katanya kepada pemberita pada Ahad.

Friday, July 2, 2010

'Out Of Africa' - by Fabio Capello

Wayang terkini telah sama-sama kita tonton. Kini tiada apa yang boleh diperkatakan jika namanya pertandingan.

Monday, June 28, 2010

IQ Test

Sesiapa yang rasa dirinya genius boleh menjawab soalan di bawah ni, bukan teka teki teka tekuk, bukan soalan trick tapi IQ test cara Islam. Siapa dapat markah penuh mmg gua tabik spring.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?

: : : : Jawapannya

Kata Imam Ghazali

1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahualam.

Wednesday, May 26, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Monday, May 3, 2010

Ziarah Sahabat Rapatkan Ukhuwah : Part IV

Kami menyusuri Kg Sungai Merab Luar , ke No. 2 , Jalan Budi. Kediaman Syed Hishamuddin. Sebenarnya inilah detinasi kami untuk menzirahi beliau yang kini sedang diuji Allah mengidap Ketumbuhan Dalam Otak Peringkat 3-4.
Bagi sahabat seperti Haris, perubahan Syed amat ketara sekali. Fizikal, pergerakan, perbualan dan daya ingatan ketika berbual amat berbeza dari asal ketika mana kami mengenalinya. Beliau yang sebelum ini seorang yang girang, ceria dan matang bertindak kini sedang menjalani rawatan hemopati dan rawatan alternatif.
Bagi pihak empunya diri menyatakan rawatan tersebut kini punyai kesan pemulihan yang positif. Jika di hospital , beliau dikehendaki untuk menjalani pembedahan segera namun beliau tidak bersetuju atas faktor2 tertentu. Kini beliau yang mempunyai 5 orang anak, sedang bercuti sakit sehingga 9.5.2010 dan mungkin akan menyambung cuti tersebut bagi menjalani proses pemulihan. Bersama-sama kami dalam ziarah dirumah Syed Hisham ialah Sdra Anuar & Intan sekeluarga. Sememangnya kami telah sepakat untuk hadir bersama Pok Edz , Pok Mi & Rahmat namun terpaksa bergegas pulang kerana Sdra Haris bersekolah pada Hari Ahad. Difahamkan bahawa Pok Edz, Pok Mi & Rahmat hadir pada hari Ahad 2/5 dan berkesempatan menghadiri majlis bacaan yassin dan doa selamat di kediaman barunya. Bagi kami juga berkesempatan secara kebetulan untuk bersama ke rumah sewa baru bagi Syed sekeluarga di jalan Desa Putra 8 km dari kediaman asal. Mereka sememangnya sedang berurusan pindah mendapat keselesaan yang lebih dan faktor persekitaran yang lebih kondusif. Banyak perbualan dan percakapan kami agak terbatas dan kami pula tidak mahu pemikiran Syed terbeban dengan soalan2 kami. Kebanyakan berbual pada hal bersangjutan sahaja. Memang beliau tidak bersedia dan mampu untuk berfikir lebih sebagaimana sebelum ini. Kini kediamannya terletak di jalan sg merab ke Desa Putra melalui Petronas dan akan ditemukan dengan lorong Jalan Bukit Tinggi. Buat sahabat yang berjauhan mohon apa kiranya menghulurkan sumbangan ikhlas sebagai moral support terhadap beliau dalam menempuh ujian ini kini dihimpit beberapa masalah lain termasuk kewangan. No akaun Maybank terus untuknya : 158154001473

Rapat Ukhuwah : Part III

Jam 9.50 am kami berdua bergerak ke Kedai Makan bersebelahan sekolah praktikum akhir kami pada tahun 2000 iaitu SK Abu Bakar Baginda. Disini kami bertemu janji dengan seorang sahabat ketika praktikum tempohari iaitu Sdra Manap Abd. Rahman.
Beliau yang sehingga kini masih bertugas di sekolah tersebut adalah sahabat yang sering ambil berat jika kami hadir di area bangi dan putrajaya. Kami bersarapan bersama dan berbual2. Pengalaman bekerja di kota metropolitan ini menjadikan kami lebih bersyukur ditempatkan di kampung sendiri. Alhamdulillah. Kami mengakhiri pertemuan kami dengan manap jam 10.40 am. http://manaphotography2u.blogspot.com/ * Jika ingin khidmat photografer dengan harga yang amat berpatutan leh hubungi beliau.

Rapatkan Ukhuwah - Part II

banyak sungguh kenangan kami dilereng bukit ini Setelah check out dari kediaman adik montel kami tu. Kami menyusuri Klang - Shah Alam - Puchong - Putrajaya - Sg Merab. 8.30 am kami tiba di perkarangan Institut Perguruan Islam Malaysia IPGM Kampus Pendidikan Islam, yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam MPI, Bangi.
Sejarah lalu terkenang kembali dan kami menghadirkan diri di Masjid As-Shafie beriktikaf. Jam 9.00 am telah dijadualkan disini Program Kuliah Dhuha sempena Karnival Keusahawanan Islam IPIM. Kuliah disampaikan oleh Penceramah Bebas Al-Fadhil Ustaz Ridzuan Nor. Menyingkap sejarawan Islam dan perjuangan mereka sebagai iktibar remaja Islam masakini. Sejuk tenang dan terharu kami pabila berada di dalam Masji ini. Terngiyang2 Alyarham Ustaz Ridhuan Shafie memimpin kami beberapa orang menadah Kitab Bulughul Maram. Sebagaimana biasa majlis yang diatur secantik dan sehebat rencana namun kehadiran pendengar dan pencinta ilmu sangat kurang. Inilah realiti masakini, tidak tahu bagaimana kesudahannya.

Misi : Ziarah Merapatkan Ukhuwah

1hb. Mei 2010, Tema Perjalanan 'Ziarah Mengeratkan Ukhuwah'
12.30 am perjalanan kami (aku & haris) mula menyusuri jalan persisiran pantai barat. Kg Gajah - Simpang 4 - Sabak Bernam - Sekincan - Kuala Selangor - Meru. Rumah Sdra Halid menjadi destinasi seawal 2.30 pagi. Pertama kali kami hadir di Taman Desa Permai iaitu kediaman rasmi Halid bersama isteri tercintanya Azizla. Walaupun awal pagi baru tiba namun kami yang telah sekian lama tak bertemu maka sesi berbual melangkaui hingga jam 4.20 am.
Check in kami jam 2.30 am namun atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan Sdra Halid selaku Guru Displin & Pengerusi Kelab Guru & Staf sekolahnya, maka kami terpaksa check out seawal jam 6.45 am. Untuk itu hanya sejam lebih sahaja tidurnya kami di katil king size pagi tu. Halid berkongsi cerita perjalanan seharian kehidupan beliau yang jelas bagi kami sangat padat. Al-maklumlah komited terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik sekolah serta yang lebih besar adalah selaku tenaga pengajar al-quran komuniti setempatnya sendiri. 45 orang anak murid ngaji dirumahnya 3 kali seminggu.... hebat dan syabas buat Halid & Azizla... Moga usaha murni ini akan memantapkan ilmu dan amal kalian.

Monday, April 26, 2010

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH

Disaat hari2 bertugas, kelapangan waktu berkumpul bersama sahabat2 adalah sangat dituntut dalam Islam. Terima kasih kepada Anuar Razali yang prihatin tentang hal itu. Pada 25.4.2010 bertempat di Teratak Nuar, Titi Gantong, kami telah berkumpul bagi bertanya2kan khabar sesama diri. Anuar dan Intan yang telah pun menetap di Titi Gantong menjadikan rumah mereka kunjungan kami yang lain. Turut sama hadir Pok Edz (Syed Azman) sekeluarga, Pok Mie (Sdra Fahmi) sekeluarga, Man Peng keseorangan dan admin sendiri bersama keluarga. Kami telah dapat berbual sambil mengetahui situasi sahabat sesama. Kami bersetuju untuk bersama menziarahi Sdra Sahabat kami Syed Hishamuddin yang kini sedang diuji Allah. Insyallah pada 1 Mei 2010 kami akan bergerak ke Bangi dan membawa harapan besar melihat tahap kesihatan sahabat tersebut. Situasi 50-50 , dalam keputusan doktok bagi menjalankan operatetion barah otaknya memungkinkan kami untuk hadir menziarahinya. Moga Allah akan menyembuh penyakit nya demi kelangsungan hidup bersama keluarga tercinta. Nasi dagang, bihun goreng dan pelbagai juadah telah disediakan buat kami oleh tuan rumah serta poklak kengkawan. Namun admin sekeluarga tak dapat menyertai mereka yang lain bergerak ke Pantai Teluk Batik sejurus perbincangan tersebut. Insyallah kita sama akan ke Bangi minggu depan 1.5.2010, kengkawan yang lain jika ingin turut serta bersama pada tarikh tersebut menziarahi sahabat di Bangi come join us amat2 dialu-alukan. Kini jumlah kutipan dana sebanyak RM40 sahaja. Kami amat2 mengalukan sumbangan lagi ke no akaun tertera. **Alhamdulillah Sdra Fahmi kelihatan sihat walaupun terpaksa menghadiri hemodalisis 3 kali seminggu. Moga Allah permudahkan segala2nya untuk dia dan kita semua.

Tuesday, March 23, 2010

KEPRIHATINAN SAHABAT DITAGIH - Syed Hishamuddin

Suatu ketika lalu kita sama-sama dikejutkan dengan berita Syed Hishamuddin yang mengidap penyakit Ketumbuhan Dalam Otak. Kita juga telah dimaklumkan dengan kaedah rawatan yang hampir memulihkan sepenuhnya. Pada ketika itu saya sempat dipertemukan dengan beliau sewaktu beliau hadir menziarahi saya untuk berlepas ke Tanah Suci, Oktober 2009 lalu. Beliau menyatakan penyakitnya semakin pulih.
Namun minggu lepas 17.3.2010, saya dikejutkan dengan panggilan oleh beliau yang suaranya juga amat berlainan dari biasa. Lantas, beliau menyatakan bahawa ketumbuhan dalam otaknya kembali aktif akibat terlanggar pantang larangan dari sudut pemakanan. Kini beliau yang sedang bertugas di SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, sedang bertarung dengan penyakit tersebut bersama-sama isteri dan 5 anak-anaknya. Beliau sempat menyatakan rayuan kepada saya untuk disampaikan kepada sahabat-sahabat lain agar sama-sama membantunya dari sudut sumbangan kewangan dan doa kesihatan yang berterusan. Amat terharu atas rayuan tersebut, maka atas permintaan sahabat-sahabat lain saya membuka kembali kepada sahabat akaun 'Dana Khas Syed Hishamuddin' mulai hari ini hinggalah 2 bulan yang mendatang bagi fasa pertama untuk saya kumpul dan serahkan kepada nya kelak. Mohon sahabat2 pembaca memanjangkannya. HARAP MAKLUM.

Monday, March 22, 2010

KOD BAHAN YANG TIDAK HALAL

Disenaraikan kod bagi unsur-unsur TIDAK HALAL yang TERLALU BANYAK berada di dalam pasaran kita hari ini. Sekadar berkongsi sama buat kita semua dan dinasihatkan untuk copy gambo ini ke dalam handphone masing-masing dan pastikan menyemak setiap belian kita. ANDA AKAN BERTEMU dengan bahan demikian. - Sumber ini telah disahkan oleh pegawai2 kesihatan yang sangat peka tentang produk kehalalan sesuatu pemakanan.

Wednesday, March 10, 2010

alamat terbaru

Nama:*
Email:*
No. IC:*
Alamat menyurat/Nama Koloh:*
Reunion kali Ke 2* Setuju
X mboh
Suke Hatilah
Verification No.:*
contact form faq

Contact forms generated by 123ContactForm

Monday, February 15, 2010

INGATAN PENTING , PERLU DIBACA...

SALAM....Ingatan & berwaspadalah !!!!! Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih 1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif. 3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... . 4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling..... ......... .......... ......... .....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. 5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja... Dr Muhd Hishamuddin b Abdul Halim Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

Thursday, February 11, 2010

B.A.H.A.G.I.A punyai takrifan berbeza...

Bahagia seseorang terletak pada diri dan keakraban seisinya terhadap Allah. Namun adakalanya takrifan tersebut berbeza mengikut pasangan masing-masing.(**Gambar Hiasan) B.A.H.A.G.I.A. takrifan yang sangat unik untuk dirungkaikan. Yang pasti buat diri kita sebagai Hamba dhoif , pencarian bahagia tiada penghujungnya melainkan disulami dengan erti kemanisan I.M.A.N dan B.E.R.J.E.M.A.A.H sesama muslim yang lain. fikir2kan kita bersama.
* Moga ALLAH limpahkan buat kita BAHAGIA selama-lamanya.

Thursday, January 21, 2010

Man Peng , Admin Mohon Kebenaran..xbagi, bagitau...OK

admin terjumpa photo nie.... kat tumb drive yang terselit dilaptop nie.... So... memang comel mereka ni...... Tahniah mereka bakal menjadi ibu ayah yang bahagia, Insyallah.

Sunday, January 17, 2010

GRADUASI 2009 : TAHNIAH & SYABAS

Alhamdulillah , tahniah & syabas buat sahabat2 dan diri yang kerdil ini diatas Majlis Konvokesyen OUM Kali Ke-7. Untuk makluman pada 14-16 November 2009, sahabat2 kita telah pun dengan rasminya menerima Ijazah Sarjana Muda Matematik Dengan Kepujian dari Senat2 OUM. Walaupun ana & zaujah ana tak dapat hadir dimajlis bersejarah itu, namun ianya dapat dikongsi bersama dengan 2 sahabat Al-Khawarisme yang lain iaitu Tengku Hasipullah (Pok Ko) & Baharuddin (Budin). Mereka yang belajar di kampus OUM Sandakan & Kota Kinabalu, kami di Kampus OUM Ipoh namun kami berempat telah mengambil subjek yang sama iaitu MATH. Alhamdulillah, bolehlah mohon untuk tukar skim laa.... nie.... dan menjejaki sahabat2 yang lain antaranya, Wan Mazran, Kariman, Md Rahmat, Norazizi, Zulfadly, Riduan, Syed Hishamuddin, Halid Salim, Hanapi, dan Mail. ** Buat sahabat yang sedang belajar dan merancang untuk sambung belajar, kami semua doakan agar tabah dan teruskan menghadapi pelbagai halangan2 yang ada, Insyallah pastikan BERJAYA, hendaknya. amin Ya Rabb.

Monday, January 11, 2010

Bertemu Rakan Blogger Manzlie-PDKM d' Makah

Imbas kembali pertemuan bersama salah seorang blogger yang sangat aktif. Beliau yang berasal dari Melaka, kini bertugas sebagai salah seorang Exsecutive Khas , di As-Safwah Hotel, Makkah al-Mukaramah. Hotel tersebut hanya 80 meter dari Masjidil Haram. Beliau yang sebelum ini saya kenali menerusi chat ym dan juga blog PDKM (Pengalaman Di Kota Mekah) , talah dapat ditemukan oleh Allah swt di sana. Kelihatan beliau sangat sibuk dengan tugas namun sempat melayan rakan blogger yang berkunjung sebagai tetamu Allah di sana. Saya sempat berbual seketika pada pertemuan tersebut dan sememangnya beliau ramah melayani tetamu Allah. Ahad lepas 10.1.2010, beliau telah pun menganjurkan satu gathering blogger yang setia bersamanya di Taman Setia Wangsa, K.Lumpur. Lampau sangat jauh , teman idak le turut serta dalam program tersebut. Anywere, sesiapa sahaja yang ingin atau berminat mengetahui perkembangan Tanah Suci dan perihal suasana Masjidil Haram dari masa kesemasa silalah berkunjung ke B.L.O.G. nya ini dan sudah pasti anda akan dapat mengetahui suasana semasa Masjidil Haram dan photo2 Kaabah yang menarik.... * Buat Sdra Manzlie, teruskan usaha pereratkan rasa cinta untuk kita dan Yang Maha Pencipta.

Sunday, January 10, 2010

For Man Peng : Welcome To Perak , SK Changkat Tin, Tanjung Tualang

Tanggal 11 januari 2010, sahabat kita ini melapor diri di SK Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak. Ianya terletak di PPD Kinta Selatan, pinggiran Ipoh, 48 km dari bandaraya tersebut. Pada hari Jumaat yang lalu, beliau bersama isteri tercinta dan ibu mertuanya hadir mengunjungi pondok usang kami, di Kg Gajah. Memang mungkin rezeki anaknya kelak, Man Peng dapat dipenempatan semula setelah KSPK setahun, keluar dari bumi dibawah bayu. SKCT nya itu sebenarnya hanya 12 km dari rumah aku, kg gajah ini. Moga Ustaz Abdul Rahman b. Jusoh ini akan dapat menyesuaikan dirinya di sekolah baru danmenjadi hebat dek kerana SKCT adalah salah sebuah sekolah bertaraf ISO tahun ini. Syabas dan tahniah dari hizbi76@team to u. Buat Za (isterinya), mai le pindah / berhijrah ke Perak getek, jangan kasi lama2 Man Peng membujang kat Perak ini. * Tahniah atas Man Peng yang bakal menjadi bapa tidak lama lagi...... cepat berperancangan potong Zailan & Syed Hishamuddin.

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets