TAUTAN UKHUWAH
Saturday, September 19, 2009
Tuesday, September 15, 2009
DERITA SAHABAT KITA
Selasa, 15 September 2009.
Petang tadi dalam pukul 6.05 pm Fahmi Hamid tel aku. Dia beritahu tentang berita yag betul-betul mengejutkan aku. Aku memang sedih dan tumpang simpati mendengarnya....
Aku rasa semua orang kenal Syed Hisyamuddin opsyen Matematik/Agama yang kini sedang mengajar di Selangor, di Bandar Baru Bangi kalau tidak silap aku.
Sebenarnya Syed Hisyamuddin sedang mengidap penyakit Barah Otak. Terkejut kan korang semua mendengarnya? Aku pun sana gak bila mula-mula mendengar berita tersebut.
Aku harap, kawan-kawan semua dapatlah bertanya khabar pada beliau. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kekuatan dan sokongan moral pada beliau.
Nombor telefon Syed Hisyamuddin : 013-3884001
TERIMA KASIH POK EDZ , RENTETAN ITU : admin berjaya menghubungi beliau pada pagi 16 September 2009
Alhamdulillah beliau yang kini masih dalam rawatan di Pusat Rawatan Islam Kratong, Sentul. Telah pun menjalani pembedahan batin terhadap Kawasan Kepala yang mempunyai ketumbuhan tersebut. Menurut beliau, selama 3 minit 20 saat beliau telah dibedah dengan cara rawatan tersebut. Alhamdulillah kini semakin pulih.
Beliau telah sah menerima ujian Allah ini pada 4/8/09 baru2 ini di Hospital UKM, K.Lumpur, setelah tidak selesa dengan rawatan yang dilalui dan atas nasihat rakan sekerja beliau maka memutuskan untuk membuat rawatan di pusat tersebut. Kini menjalani pantang dan telah pun mula menjalankan tugasnya semula disekolah dalam keadaan terkawal.
Sambil2 menjalani proses pemulihan ini, beliau juga kini sedang menanti2kan kehadiran cahaya mata beliau yang ke-5. Dijangkakan menjelang Syawal ini seorang Syed @ Syarifah akan muncul pembawa rezeki buat keluarga tercinta. Inilah REZEKI namanya.
Walau apapun kami kengkawan mengucapkan selamat menempuh ujian ALLAH semoga sihat sepenuhnya serta salam aidil fitri buat ahli baru dalam keluarganya.
INGAT : Jaga kesihatan itu suatu keFARDUan.
* Admin sedang berusaha untuk mendapatkan dan menguploadkan rakaman proses pembedahan batin keatas ketumbuhan di kepala Syed Hishamuddin....agar kita sama2 boleh berfikir..... dan berkongsi pengalaman dengannya.
Tuesday, September 1, 2009
BUAT KALIAN SAHABAT : ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya AMIR HAMZAH MUSA SEKELUARGA
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"
Saturday, August 22, 2009
Tranformasi Kurikulum 'KSSR' Mulai 2010 - 2011
Bersama kini teman kongsikan maklumat 'tranformasi kurikulum' yang sekarang sedang giat dirancang untuk dilaksanakan mulai 2010 untuk sekolah rintis dan sepenuhnya 2011 untuk semua sekolah seluruh negara. Semua GPI akan didedahkan hal ini pada selewat2nya Jun 2010 dan akan terus dilaksanakan sepenuhnya pada tahun berikutnya.
PPK Pendidikan Islam terutamanya sedang mengatur dan menyusun perkara seumpama ini bagi memastikan tiada keciciran maklumat untuk disampaikan kepada GPI seluruh Malaysia kelak. Bagi teman yang baru sahaja selesai penilaian papan cerita untuk e-bahan Pendidikan Islam SR berpeluang didedahkan terdahulu hal berkaitan. So tak salah aku kongsikan bersama bagi membantu kengkawan lain kelak.
Anywere, selamat berkongsi..... namun BUKAN untuk GPI sekolah menengah macam kengkawan aku .... napi, yan, halid, mail, pok bent, dan kengkwn yg dh DG41 disekolah menengah.
Ok babai...
Upgrade LamaV4 ke Align T-Rex 250.... 'Tuyup terbang'
Thursday, August 13, 2009
Moga ALLAH mencucuri RAHMAT buat dirinya, amin Ya Rabb!!!
Inilah yang dikatakan kekuasaan ALLAH. Tahun lepas saya berpeluang berbual2 dengan Allahyarham dibelakang pentas dan rentetan dari itu membuatkan saya bersms beberapa kali bagi merancang sesuatu sambil beramal. ........ Petang ini saya bergerak ke IPOH berseorangan dan sayu ini berpanjangan apabila radio kegemaran saya memainkan lagu gemersikan suara Allahyarham yang sememangnya telah menjadi icon utama penyanyi nasyid dalam diri ini.
Tuesday, August 4, 2009
1,2,3,4,5,6,7,8, & 9 : Sukar didapati saat dan ketikanya. Apa pun tiada makna2 tertentu.
Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)
Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi :
12:34:56 07/08/09
Dari 1 hingga 9
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!
Namun tiada apa faedah dan ianya hanya menunjukkan KEBESARAN ALLAH.
Alhamdulillah.
Sunday, August 2, 2009
Tatapan Pengemarnya....
Setelah 11 bulan memeliharanya , kini berjumlah 13 ekor dalam pemeliharaan kami kat Perak ini. Usia 10 - 20 hari adalah tahap umur yang paling seronok untuk bermain-main geram. Sekadar berkongsi dengan kengkawan. Yang berminat..... mari datang ambik. Percuma untuk seekor dua buat sahabat2 yang inginkannya. Mari le....
Saturday, August 1, 2009
Lagu Kanak-kanak
Boowa and Kwala : Heads and shoulders knees and toes...
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUKU PELAWAT
BERITA TERDAHULU
Powered by Blogger Widgets


