Serasa baru sahaja saya bermain sms dengan Allahyarham tersebut untuk perancangan program Malam Amal.
Inilah yang dikatakan kekuasaan ALLAH. Tahun lepas saya berpeluang berbual2 dengan Allahyarham dibelakang pentas dan rentetan dari itu membuatkan saya bersms beberapa kali bagi merancang sesuatu sambil beramal. ........ Petang ini saya bergerak ke IPOH berseorangan dan sayu ini berpanjangan apabila radio kegemaran saya memainkan lagu gemersikan suara Allahyarham yang sememangnya telah menjadi icon utama penyanyi nasyid dalam diri ini.
Walau apapun yang berlaku , takziah buat keluarga dan seluruh anggota 'Rabbani'. Sesunggunhnya pemergiannya ini merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh peminat2 nasyid seluruh negara....
-AL-FATIHAH.
No comments:
Post a Comment