TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Sunday, June 7, 2009

Selamat Bercuti....

Minggu Ke-2, minggu percutian bagi kami. Salam Percutian Buat Sahabat2 Kalian, jauh dan dekat nun disana.

Wednesday, June 3, 2009

Tak leh masuk Kelate : 'Berbaloi-baloi'

Konsert rock jelajah Malaysia oleh otai rock Malaysia SEARCH "berbaloi-baloi" telah diadakan di Trengganu minggu lalu namun Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut. Nampaknya walau pun Amy sering berjumpa dan cium tangan Tok Guru Nik Aziz tapi masih tidak boleh menembusi Kelantan.Mat-mat Kelantan kalau nak tengok Search pergi ke negeri lain yer.. Amy sertai PAS Saya mendengar teguran Ustaz Mursyid di radio JBFM berkenaan dengan konsert Jomheboh di Danga Bay JB ahad lepas. Walaupun dia tidak bercakap direct konsert tersebut adalah Jomheboh tapi memandangkan event tersebut baru berlaku di JB confirmlah konsert yang dikatakan itu adalah konsert Jomheboh. Dia kata wajib bagi dirinya menegur mengenai haramnya bercampur gaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, bersentuh-sentuhan, bergesel-gesel bahu, tidak menutup aurat dan mungkin tidak sembahyang Maghrib. Beliau bersangka baik semua penonton konsert tersebut sembahyang jemaah dulu. Tahniah kepada Ustaz Mursyid yang berani menegur walaupun secara beralas-alas...

Friday, May 29, 2009

DARI JERANGAU KE SEREMBAN

Ratmat Rawi (kiapicanto_05) , kini bertugas di SK Panchor, Seremban. Diam tak diam sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata yang bernama Muhammad Irfan Najwan (4 thn) & Nur Khayra Insyirah (3 thn) dari ibu pertama Pn. Sutina Muhammad Hanip (SK Taman Seri Pagi). Ibu kedu belum dirancang lagi. Nampaknya beliau dah pun bermastautin di Seremban dengan mempunyai aset bersama anak orang minang disana. Anywere, syabas dan tahniah. Dengar2nya juga beliau sedang study out campus gak. Dengan berita yang ringkas ini mungkin kita akan dapat mengingati semula ukhuwah yang terbina dibawah Al-Khawarizmi MPI 97-00 satu ketika dahulu. Rahmat Rawi - 012-2404784 Hizbi76 sedang menjejak lagi sahabat2 lain agar dapat disatukan tautan silaturrahim sesama kita moga ianya akan menjadi kenyataan. Buat sahabat lain sudilah kiranya bila bertemu sahabat berkenaan , laporkan beritanya ke teman kat sini leh kongsi2 dan kalu boleh photonya sekali. kerana photo lebih berkesan dalam penyampaian mesej dan ceritanya dibandingkan text bacaan seperti ini. - wassalam, Oh ya kat mana nak buat alumni tahun ini ? klik respon berikan jawapan dan pandangan. Vote tu mcm xnak mengalah je.....

Thursday, May 7, 2009

Sekadar Renungan Negaraku Kini Tinggal Realiti

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar. Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16. Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua. Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia. Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu. Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini. Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja. Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.'' Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu. Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku. Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya. Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari. Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan. Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku. Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali. MOHD. ALI MUHAMAD DON Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru

Tuesday, April 28, 2009

Berita Terkini Fahmi Abd Hamid

28 April 2009, 1946:59 Kembali bertugas ke SK SG. RAPAT, IPOH. Kesihatan beliau sekarang kelihatan agak baik sedikit berbanding dahulu. Walau bagaimanapun beliau masih memerlukan rawatan haemodialisis 2 kali seminggu di hospital besar Kota Bharu, Kelantan. Beliau datang bertugas ke SK Sg. rapat hanya pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu sahaja disebabkan beliau menjalani rawatan di HBKB pada setiap hari Khamis dan Ahad. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan selama ini mengambil berat dan sudi menghulurkan sumbangan terhadap beliau.....

Sunday, April 19, 2009

KLIP VIDEO TERDAHULU....

MENJALIN SEMANGAT UKHUWAH PERSAHABATAN YANG KEKAL
INSYALLAH TAHUN INI KITA KAN BERTEMU KEMBALI.... NAMPAKNYA VOTE KE PERAK.... TAK ACI LE SEBAB TEMPOH HARI WALAUPUN DI KELANTAN TAPI DOK TEMAN GAK YANG KE HULU KE HILIO... SO DICADANGKAN KE KEDAH....BOLEH HARIS..... AKU AKAN USAHAKAN VOTE ITU MENYEBELAHI ANTA..... :) HARAP2 BUAT AWAL KOT-KOT PANGGILAN ZULHIJAH KAMI MENYUSUL TAHUN INI...DOAKAN, INSYALLAH... TAHUN NI TARGET KAMI...KINI DALAM LIST MENUNGGU....DOAKAN LE KENGKAWAN.....YUP....AMIN YA RABB!

Friday, April 17, 2009

Suatu Suratan ILAHI Atau Suatu Kebetulan Yang Sudah PASTI....

Sinopsis : SAAT KAU HADIR
Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun...Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets