Sinopsis : SAAT KAU HADIR | |
Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza. Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun...Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya! Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti? | |
TAUTAN UKHUWAH
Friday, April 17, 2009
Suatu Suratan ILAHI Atau Suatu Kebetulan Yang Sudah PASTI....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BUKU PELAWAT
BERITA TERDAHULU
Powered by Blogger Widgets
2 comments:
lama mencari dan akhirnya bertemu kembali...kebetulan yang sudah tersurat
SubhanaLLAH, Alhamdulillah hanya itulah ungkapan dari Hamba-Mu Ya Illahi.....
Post a Comment