TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Tuesday, April 28, 2009

Berita Terkini Fahmi Abd Hamid

28 April 2009, 1946:59 Kembali bertugas ke SK SG. RAPAT, IPOH. Kesihatan beliau sekarang kelihatan agak baik sedikit berbanding dahulu. Walau bagaimanapun beliau masih memerlukan rawatan haemodialisis 2 kali seminggu di hospital besar Kota Bharu, Kelantan. Beliau datang bertugas ke SK Sg. rapat hanya pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu sahaja disebabkan beliau menjalani rawatan di HBKB pada setiap hari Khamis dan Ahad. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan selama ini mengambil berat dan sudi menghulurkan sumbangan terhadap beliau.....

Sunday, April 19, 2009

KLIP VIDEO TERDAHULU....

MENJALIN SEMANGAT UKHUWAH PERSAHABATAN YANG KEKAL
INSYALLAH TAHUN INI KITA KAN BERTEMU KEMBALI.... NAMPAKNYA VOTE KE PERAK.... TAK ACI LE SEBAB TEMPOH HARI WALAUPUN DI KELANTAN TAPI DOK TEMAN GAK YANG KE HULU KE HILIO... SO DICADANGKAN KE KEDAH....BOLEH HARIS..... AKU AKAN USAHAKAN VOTE ITU MENYEBELAHI ANTA..... :) HARAP2 BUAT AWAL KOT-KOT PANGGILAN ZULHIJAH KAMI MENYUSUL TAHUN INI...DOAKAN, INSYALLAH... TAHUN NI TARGET KAMI...KINI DALAM LIST MENUNGGU....DOAKAN LE KENGKAWAN.....YUP....AMIN YA RABB!

Friday, April 17, 2009

Suatu Suratan ILAHI Atau Suatu Kebetulan Yang Sudah PASTI....

Sinopsis : SAAT KAU HADIR
Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun...Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Sunday, April 12, 2009

BERITA TENTANG EN POK EDZ...

Assalamualaikum semua..... Cek nak habaq sikit tentang perkhabaran cek buat sahabat2 semua...... Sekarang cek mengajaq di SK St. Michael 2, Ipoh. Mula Posting sini sejak tahun 2003 lagi. Sebelum ni cek kat SK Seri Pagi, Beluran, Sandakan, Sabah. 2 tahun lebih je kat Sabah, alhamdulillah dapat balik ke semenanjung. Bawah ni gambar isteri dan anak2 cek.... Selalu-selalulah kontek-mengontek cek gak..... alamat email cek daq7676@yahoo.com.my YM dengan cek boleh gak....... Kalau hangpa free, sudi apalah kiranya jenguk-jenguk kat blog cek noo.... http://skstmichael2.blogspot.com . Sebelum itu cek nak merakamkan bebanyak terima kasih kat cek punya sifu yang sudi ajar cek buat blog tu.... Kebetulan masa tu sifu tu sedang berkursus kat PSPN Ipoh.... Masa tu la dia ajaq cek... Sifu tu hizbi76 la nooo...

Sunday, April 5, 2009

INGATKAH KITA BUAT AKHI KPLI MPI

Jika kita ingat-ingatkan Ustaz Ismi, adalah penuntut KPLI MPI ketika mana kita sama-sama baru melapor diri di MPI tahun 1997. Kini beliau bergelar Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit, Perak. Bekas calon ADUN Belanja. Beliau yang sangat ramah dan mesra mudah didampingi, tekun berkhidmat untuk masyarakat. Moga kemenangan kan menyelubungi kebenaran ISLAM di bumi ini....dan yang terhampir di Bukit Gantang seterusnya di Negeri Perak.

Saturday, April 4, 2009

Cara Surf Website yang di block di IPT/Sekolah!!

Tips @ Petua "Bagaimana hendak surf website seperti myspace, youtube, friendster dan banyak lagi di sekolah/IPT? Dahulu saya juga pelajar IPT, jadi saya tahu bagaimana rasanya jika tidak dapat surf web-web tersebut. Ramai yang nak sangat masuk web tersebut, tetapi guna proxy pun dah xboleh. Tidak mengapa, cuba pula cara ini. Anda gunakan Ultrasurf, kita lihat masih di block atau tidak. Buat masa ini semuanya tidak ada masalah, sentiasa okey dan anda boleh melayari web-web yang di block oleh sekolah/IPT/Pejabat anda. hehe... Ini hanya sekadar perkongsian, segala akibat atau keburukan yang dihadapi adalah tanggungjawab anda sendiri. Download di Ultrasurf. Cara menggunakannya : Anda download dahulu file ultrasurf, kemudian anda extract dahulu, dan klik dua kali pada installer ultrasurf, selepas keluar gambar seperti ini Sudah keluar gambar seperti ini? Jika ya, anda minimizekan windows ultrasurf. Jangan anda close pulak. Baiklah sekarang anda sudah free untuk surf kemana-mana web dengan selamat. Selamat mencuba ya.. Tips dibawakan oleh Team 4kit.net posting asal di solehpolysas.com

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets