TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Sunday, December 13, 2009

rEuNiOn 2009

salam buat teman2... saya dengan ini memohon maaf kepada teman2 untuk memaklumkan bahawa reunion tahun ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan..... atas kelemahan diri saya sendiri... saya berharap teman2 dimaklumkan maklumat ini....

Wednesday, October 28, 2009

KURSUS KSPK KINI DIBUKA

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN AMBILAN JANUARI 2010. Sesiapa yang berminat, sila klik gambar di atas untuk membuat permohonan.Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 November 2009.

Tuesday, October 27, 2009

REUNION

SALAM BUAT TEMAN.... TARIKH : 17 DIS 2009 TEMPAT : PELADANG SETIU AGRO RESORT 2H 1M DALAM RM75-80

Wednesday, October 21, 2009

TAHNIAH & SYABAS : Kariman Versi Kota Kinabalu

Tahniah dan terima kasih Kariman atas perkongsian photo utk dimuatkan di blog kita ini. Nampak gayanya...... hebat sahabat2 kita laa nie...... Moga kejayaan sahabat2 akan menjadi pemangkin semangat sahabat2 yang lain. Macamana Pok Edz.... tak nak join Kariman get 41? Come on....

Bonda Rahaila Bakal Bergelar Dr. (PHD)

Pada 18hb. Oktober baru ini, kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Bonda Rahaila di terataknya Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kebetulan rumahnya agar berdekatan dengan Seksyen 7, Bangi kediaman abang kami. Bonda Rahaila berbesar hati kehadiran kami, dan sesungguhnya setelah tahun 2000 tempohari memang kami hanya ada sekali je sampai. Memang kencam sikit jalan menuju ke teratak tersebut, namun suasana amat berbeza dekat depan umahnya adalah Highway Besar ke Kajang.Beliau kini sedang diakhir2 studynya untuk bergelar Dr. (PHD) dalam bidang pengurusan pentadbiran. Dan mengharapkan doa kalian utk terus berjaya, katanya. Dengan kini anak2 daranya semakin besar, sedikit keringanan buat bonda sekeluarga. 8 orang anak 2 lelaki dan 6 perempuan adalah harta bonda yang sangat berharga. Kalu kalian senang datang dan kunjungilah beliau di Jalan Melor, Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Tuesday, October 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Tok Riz & Family

Assalamualaikum, Mohon maaf sebab sebelum nie kawan tak dapat nak contact korang semua sbb lebih kurang dua tahun yang lepas kawan terlibat dengan accident. So bermula pada awal 2009 barulah cuba meningati semula rakan-rakan lama dan kawan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua bertemu kembali rakan-rakan disini.Wallahu a'lam
Salam takzim dari, Tok Riz & Family Batu Pahat, Johor

Website :
1.http://www.riztec.org
2.http://pkgbagan.riztec.org
3.http://photographer.riztec.org
4.http://share.riztec.org

Email : riz575@gmail.com / mrriz575@gmail.com
Skype : mrriz575
YM : tokriz76 / mrriz76

Monday, October 19, 2009

Renungan sbg Insan Bermotivasi...

Motivasi Diri Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..
  1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
  2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
  3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
  4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
  5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
  6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
  7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
  8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
  9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
  10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
  11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
  12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
  13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
  14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
  15. Lakukan kerja seikhlas hati.
  16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Thursday, October 1, 2009

Kuala Terengganu Ke Kuala Penyu Sabah

Hasnul Hadi & Sarinah serta anak-anak
Hari raya baru ini saya tergerak hati nak beraya ke rumah kawan kita ni. Rupanya Hasnul minta cuti awal kerana tahun ini nak beraya dikampung... kalau tak silap hari rabu sebelum raya dia dah ada kat rumah maknya dikampung. Dan dia beritahu tahun ini balik beraya kerana isterinya ambil kursus KDC . Jadi tak boleh balik hujung tahun lagi... Dikhabarkan kepada saya lagi anak yang sulongnya sekarang berumur 5 tahun dan yang kedua 2 tahun. Tapi saya lupa lak nak tanya apa nama anak.... Gambar yang saya dapat di tu pun dari HP dia.No hp hasnul hadi 0135532124 .Sekian dari teman...................md abu

Saturday, September 19, 2009

Minal aidil wal faizin, maaf zahir & batin

Tiada apa yang mahu diungkapkan selain maaf zahir dan batin buat kalian pengunjung blog ini terutama yang mengenali kami.

Tuesday, September 15, 2009

DERITA SAHABAT KITA

Selasa, 15 September 2009. Petang tadi dalam pukul 6.05 pm Fahmi Hamid tel aku. Dia beritahu tentang berita yag betul-betul mengejutkan aku. Aku memang sedih dan tumpang simpati mendengarnya.... Aku rasa semua orang kenal Syed Hisyamuddin opsyen Matematik/Agama yang kini sedang mengajar di Selangor, di Bandar Baru Bangi kalau tidak silap aku. Sebenarnya Syed Hisyamuddin sedang mengidap penyakit Barah Otak. Terkejut kan korang semua mendengarnya? Aku pun sana gak bila mula-mula mendengar berita tersebut. Aku harap, kawan-kawan semua dapatlah bertanya khabar pada beliau. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kekuatan dan sokongan moral pada beliau. Nombor telefon Syed Hisyamuddin : 013-3884001
TERIMA KASIH POK EDZ , RENTETAN ITU : admin berjaya menghubungi beliau pada pagi 16 September 2009 Alhamdulillah beliau yang kini masih dalam rawatan di Pusat Rawatan Islam Kratong, Sentul. Telah pun menjalani pembedahan batin terhadap Kawasan Kepala yang mempunyai ketumbuhan tersebut. Menurut beliau, selama 3 minit 20 saat beliau telah dibedah dengan cara rawatan tersebut. Alhamdulillah kini semakin pulih. Beliau telah sah menerima ujian Allah ini pada 4/8/09 baru2 ini di Hospital UKM, K.Lumpur, setelah tidak selesa dengan rawatan yang dilalui dan atas nasihat rakan sekerja beliau maka memutuskan untuk membuat rawatan di pusat tersebut. Kini menjalani pantang dan telah pun mula menjalankan tugasnya semula disekolah dalam keadaan terkawal. Sambil2 menjalani proses pemulihan ini, beliau juga kini sedang menanti2kan kehadiran cahaya mata beliau yang ke-5. Dijangkakan menjelang Syawal ini seorang Syed @ Syarifah akan muncul pembawa rezeki buat keluarga tercinta. Inilah REZEKI namanya. Walau apapun kami kengkawan mengucapkan selamat menempuh ujian ALLAH semoga sihat sepenuhnya serta salam aidil fitri buat ahli baru dalam keluarganya. INGAT : Jaga kesihatan itu suatu keFARDUan. * Admin sedang berusaha untuk mendapatkan dan menguploadkan rakaman proses pembedahan batin keatas ketumbuhan di kepala Syed Hishamuddin....agar kita sama2 boleh berfikir..... dan berkongsi pengalaman dengannya.

Tuesday, September 1, 2009

BUAT KALIAN SAHABAT : ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin..... "Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya AMIR HAMZAH MUSA SEKELUARGA MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"

Saturday, August 22, 2009

Tranformasi Kurikulum 'KSSR' Mulai 2010 - 2011

Bersama kini teman kongsikan maklumat 'tranformasi kurikulum' yang sekarang sedang giat dirancang untuk dilaksanakan mulai 2010 untuk sekolah rintis dan sepenuhnya 2011 untuk semua sekolah seluruh negara. Semua GPI akan didedahkan hal ini pada selewat2nya Jun 2010 dan akan terus dilaksanakan sepenuhnya pada tahun berikutnya. PPK Pendidikan Islam terutamanya sedang mengatur dan menyusun perkara seumpama ini bagi memastikan tiada keciciran maklumat untuk disampaikan kepada GPI seluruh Malaysia kelak. Bagi teman yang baru sahaja selesai penilaian papan cerita untuk e-bahan Pendidikan Islam SR berpeluang didedahkan terdahulu hal berkaitan. So tak salah aku kongsikan bersama bagi membantu kengkawan lain kelak. Anywere, selamat berkongsi..... namun BUKAN untuk GPI sekolah menengah macam kengkawan aku .... napi, yan, halid, mail, pok bent, dan kengkwn yg dh DG41 disekolah menengah. Ok babai...

Upgrade LamaV4 ke Align T-Rex 250.... 'Tuyup terbang'

Kini upgrade kemahiran baru bersama Align T-rex 250..... apa nak kata.... hobi gila namanya. Modal kecil...... heli pun agak2 lah..... bila dah minat... target bagi dapat..... saja release kerja2 lain yang memang dah banyak top ground....underground dan pelbagai lagi... so far.... belasah untuk heli kedua pulak... LamaV4 4 Channel kini upgrade Align T-Rex 250 6 Channel. Nafsu gile mampu milik. Salam Ramadan Buat Kalian Sahabat.

Thursday, August 13, 2009

Moga ALLAH mencucuri RAHMAT buat dirinya, amin Ya Rabb!!!

Serasa baru sahaja saya bermain sms dengan Allahyarham tersebut untuk perancangan program Malam Amal.
Inilah yang dikatakan kekuasaan ALLAH. Tahun lepas saya berpeluang berbual2 dengan Allahyarham dibelakang pentas dan rentetan dari itu membuatkan saya bersms beberapa kali bagi merancang sesuatu sambil beramal. ........ Petang ini saya bergerak ke IPOH berseorangan dan sayu ini berpanjangan apabila radio kegemaran saya memainkan lagu gemersikan suara Allahyarham yang sememangnya telah menjadi icon utama penyanyi nasyid dalam diri ini.
Walau apapun yang berlaku , takziah buat keluarga dan seluruh anggota 'Rabbani'. Sesunggunhnya pemergiannya ini merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh peminat2 nasyid seluruh negara....-AL-FATIHAH.

Tuesday, August 4, 2009

1,2,3,4,5,6,7,8, & 9 : Sukar didapati saat dan ketikanya. Apa pun tiada makna2 tertentu.

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)
Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi : 12:34:56 07/08/09 Dari 1 hingga 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!! Namun tiada apa faedah dan ianya hanya menunjukkan KEBESARAN ALLAH. Alhamdulillah.

Sunday, August 2, 2009

Tatapan Pengemarnya....

Setelah 11 bulan memeliharanya , kini berjumlah 13 ekor dalam pemeliharaan kami kat Perak ini. Usia 10 - 20 hari adalah tahap umur yang paling seronok untuk bermain-main geram. Sekadar berkongsi dengan kengkawan. Yang berminat..... mari datang ambik. Percuma untuk seekor dua buat sahabat2 yang inginkannya. Mari le....

Monday, July 27, 2009

Sunday, July 26, 2009

Ziarah Sahabat Membawa Berkat

Mai lagi no..... 'Moga ukhuwah dieratkan sentiasa'

Tuesday, July 21, 2009

Terengganu ke Tawau = 10 Tahun Penuh KEHEBATAN & KESABARAN

Tanam padi rapat-rapat,
Agar puyuh xemboh berlari, 'Power' nya Bahrin tersusun erat, Kaya sungguh kekuasaan ILAHI. Moga strategi ANDA tidak akan jemu menjelma keanak cucu. * Terima kasih atas kirimanmu BAHRIN.

Friday, July 17, 2009

Ambil Peluang HADIR.... dekat je ngan umah

Setelah selesai mengecat ruang tamu teratak kami, maka terlintas bahawa malam ini agak free untuk kami sekeluarga menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 di UTP, Seri Iskandar. Dengan azam bahawa bukan senang nak dapat peluang maka tekat meneruskan usaha untuk ke majlis tersebut. Dewan Canselor UTP menjadi saksi kehadiran ramai pengemar ayat2 suci al-Quran. Malam ini amat bertuah buat kami sekeluarga. Bermula dengan pertemuan bersama sahabat lama (Usth Rogayah Zainun Abidin) kami yang pada mulanya ingin merakamkan photo kenangan astaka tersebut, lantas kami sekeluarga dipelawa untuk terus duduk di pentas utama VIP bertentangan dengan astaka. Duduk di saf ketiga, kami diselindung dengan dif2 VIP lain. Setelah dok sat.... terperasan bahawa ayah adalah satu2nya tetamu di tempat duduk ini berkopiah putih, yang lain tu kesemua bersongkok skima tinggi. Cekal dihati kami terus taat mendengar taklimat. Majlis malam ini bermula dengan bacaan oleh peserta2 tilawah. Sungguh terharu apabila pada malam ke-3 ini, ramai peserta yang hebat2 belaka. Kebanyakannya adalah bekas finalis AKADEMI AL-QURAN yang rata2 bacaan mereka kelas gitu. Johan menunggu Qari & Qariah juga memperdengarkan bacaan mereka pada malam ini. Sesungguhnya peluang seumpama ini sukar dilupai. Syukur ALHAMDULILLAH. Moga ALLAH memberkati segala usaha seumpama ini. JOM kesana BERSAMA! JANGAN LEPASKAN PELUANG.

Sunday, July 12, 2009

MEMORI MASA DI SANDAKAN

Hari ni aku belek2 album gambar lama aku..... Maka terjumpalah 2,3 keping gambar ini. So, aku uploadkan untuk dikongsikan memori silam bersama kawan2. Gambar ini diambil semasa aku dan kawan2 sedang mengajar di Sandakan.... Gambar ini diambil semasa Hari Raya Aidil Adha, di rumah Pok Ku di Batu 4, Sandakan. (Dari kiri : Pok Ku, Baharin Wahab, Pok Edz dan Pok Ping @ Hamdan Zangi) Gambar ini diambil semasa Baharin Wahab ( dari Tawau ) datang menziarahi kami di Sandakan. (Dari kiri : Pok Edz, Baharin wahab, Pok Ku, Pok Ping, dan Rahmat Rawi) Gambar ini semasa aku, Pok Ping & the geng pergi ke Sepilok, tengok Orang Utan. hehehehe

Selamat Pengantin Baru - Leman Jr

11.7.2009 (semalam) adalah detik bahagia Si Azhar (Leman) ngan Nomi. Masih ingatkah lagi terhadapnya? Leman adalah panggilan yang sering dipanggil ketika mana kita di Maktab tempohari. Beliau junior kita MTPA beach 99-2002. Teman sempat mengunjunginya pada sebelah petang berkenaan atas faktor tertentu maka kelewatan teman sekeluarga hadir dimaafkan. Ceria beliau pada petang tersebut, walaupun pada ketika teman datang tu beliau baru bangun tidur. *PESANAN : Al-maklum..... laa nie Rejab so jangan sampai tergelingcir kelak. Selamat Melayari Bahtera Tanggungjawab & Amanah ALLAH yang baru.

Thursday, July 9, 2009

Hobi baruku ....suatu kepuasan & keseronokan.....

Alhamdulillah, sekali pandang permainan bebudak. Apa nak kata....masa bebudak dulu teman tak mampu dok keleh je. Kini hobi baruku bermula. Dengan e-sky 4 channel aku perolehi kepuasan sebagai pilot heli. Buat kengkawan, jom try atau kalu ada sapa pengalaman serupa mai kongsi bersama. MESTI SYOK PUNYA..... * Mai saksikan bersama..... tapi ingat BUKAN teman gerangan yg nampak kepala lutut tu tau.

Wednesday, July 1, 2009

Jejak Taulan... ditemui.... kenalan....

Seketika mengelintar di 'facebook' tiba-tiba ditemui...... taulan kalian. Kini dikhabarkan pada admin sebelum2 ini bahawa beliau telah pun bergelar Pn. Norina bt. Din. Bila? Ngan siapa? Apa khabarnya? Kat mana kini? ........ dan lain-lain, janganlah dipersoalkan sebab penulis pun tiada maklumatnya. Hanya yang ada adalah data 2006, mungkin dah x valid lagi kot. so.... kita sama-sama tunggu ajelah dari RESPON jika beliau hadir ke blog kita ini kelak. Insyallah.
* p/s : Norina, mohon izin edit gambo demo!

Sunday, June 28, 2009

PERINGATAN BUAT YANG INGIN KETAHUI ILMUNYA

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........

Sunday, June 21, 2009

Kiriman Sahabat.... SK Dato' Abu Bakar Baginda

Buat Haris.... : Ingatkah lagi mereka ini?
Kepada Manap : esok2 bawa kami sekali...

Saturday, June 20, 2009

FAHMI HAMID SEMAKIN BAIK

Masa cuti sekolah Mei lepas Mesin Basuh sempat berjumpa dengan Fahmi. Kelihatan dia semakin baik... Walau bagaimana pun beliau masih perlu mendapatkan rawatan 2 kali seminggu di HBKB ( rawatan cuci buah pinggang ). Semoga Allah cepat sembuhkan penyakit beliau... Amin.

Thursday, June 18, 2009

Influenza A (H1N1)

Apakah Virus Influenza A (H1N1)? Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja. Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia? Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik. Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom). Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Saturday, June 13, 2009

Orang Kulim Menjengah Kini.... Mai Datang no...

Kiriman email daripada Md Fauzi..... to admin
Assalamualaikum ..
sebelum tu, sorry bebanyak lah coz lambat join ngan u all... ok, nie pic terbaru my family .. ... sepintas lalu tentang my family.. ana .. SK Sg Ular, kulim.. my wife Mumtazah Md Zubir => SK Labu Besar, Kulim Kedah Anak sulong => Muhammad Fawwaz (4 1/2 tahun) => no. 2 . Farah Batrisyia (1 1/3 tahun ) ... no. 3 .. dlm proses.. lagi nak cerita apa tak tau ..ha, no. tel 013-4368813 .. Alhamdulillah dah settle degree,, cuma tunggu konvo n DG 41 .. kepada semua kengkwn .. bila mai kedah .. " Dont forget me, n jemputlah ke teratak buruk kami""

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets