Lokasi paling sesuai bagi tujuan lawatan sambil belajar khususnya aktiviti Panitia Pendidikan Islam Tahun 2009 ialah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Pelbagai aktiviti yang menarik boleh kita rancangkan untuk membina kekuatan minda dan pengetahuan buat pelajar Muslim di sekolah-sekolah kita. Dalam keadaa yang bersantai kita boleh mengetahui sejarah perkembangan Islam seluruh dunia terutama negara-negara besar, mengenali tokoh yang terbabit , mengalami sendiri suasana sebenar beberapa Rumah ALLAH dan sirah pembinaannya.
Rancanglah yang terbaik pengetahuan buat murid-murid kita di tahun 1430 / 2009
KG. GAJAH - SIMPANG PULAI - GUA MUSANG - K.BERANG - K. TERENGGANU
Pengalaman disebelah adalah ketika mana perjalanan kami cuti-cuti Malaysia 23.12.2008 baru-baru ini. Perjalanan bermula dari Kg.Gajah - Simpang Pulai - Gua Musang - Kuala Berang.
Kg. Gajah - Simpang Pulai 53 km
- Simpang K. Betis 196 km
- Gua Musang 214 km
- Simpang ke Felda Aring 247 km
- Santuari Gajah, Sg Ketior 303 km
- Tasik Kenyir 405 km
- K. Terengganu 485 km
Paling teruja ialah pengalaman bermain dengan lidah gajah yang sukar dilupakan.
No comments:
Post a Comment