TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Friday, January 11, 2013

Adab Suami ketika Isteri Mengandung

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Sunday, December 18, 2011

Kemahiran sahabat yang semakin meningkat...

Alhamdulillah dalam era yang serba berlumba bidang ICT, penggunaan DSL kamera memungkinkan kita mencari dan mengeksplo pelbagai kemahiran. Pok Aidez adalah salah seorang sahabat antara yang lain menguasainya.
Dipaparkan antara item penguasaan seorang ahli kita, seolah2 bomoh alaf baru.

Tuesday, September 6, 2011

Minal Eidil Wal Faizin , Maaf Zahir & Batin 1432H Daripada kami MT/PA MPI 97/2000

Salam Aidil fitri - (Keluarga Besar Zailan Awang)
Salam Perantauan - Imam Hairi Sekeluarga
Maaf Zahir & Batin - Baharuddin Daud
Baharin Abdul Wahab
Dedikasi Aidilfitri - Wan Mazran (Ian)
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin - Rizduan Jaiman (Tokriz)
Salam Aidilfitri - Halid Salim (lied)
Maaf Zahir & Batin - Fauzi Kulim
Selamat Hari Raya - Noor Azizi (Gg)
Salam Syawal & Selamat Menyambut Hari Lebaran - Md Haris Abu Bakar
Maaf Zahir & Batin - Syed Azman (jejak awan)
Selamat Aidilfitri - Tengku Hasipullah (jejak badai)
Minal Eidil wa Faizin , Maaf Zahir & Batin. (Amir Hamzah & Haslinda)

Friday, August 19, 2011

Anak Syawal 1432H di Malaysia

Info daripada kajian ahli Falak Malaysia. Link

Photobucket

Saya mendapat email laporan falak ini dalam bentuk slide power pint tapi untuk memudahkan saya berkongsi di isuhangat, saya convert ke bentuk imej.

Kalau maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib spt Jakim dan penyimpan mohor raja2 akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza utk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pd suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.

Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya utk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini bisa terjadi dlm masyarakat yg primitif/kuno yg perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dlm hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) utk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Wallaualam..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

Syabas buat Ustaz Lah dari kami bekas pelajarmu.. MPI 97-2000

Warga Pend. Islam SK Lambor Kanan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Md. Din kerana telah dilantik sebagai Pengarah BPI yang baru mulai 22/02/2011 bagi menggantikan Tn. Hj. Abd. Rashid bin Ngah yang telah bersara wajib baru-baru (21/02/2011) ini. Teringat sewaktu beliau sibuk menguruskan kami dalam Bilik SU Peperiksaan, Maktab Perguruan Islam, Bangi. Syabas dari kami semua.

Saturday, February 19, 2011

Aduhai Anak Adam!!! Bacalah peringatan ini....

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”

Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pulak terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”

Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup. Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru: “Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka.. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam: Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melayat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu(jahil) Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau langsir atau tempat khusus bagi menjaga keaiban pada mayat tadi.Dan yang paling diingat, Jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah

Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama untuk memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu.Dalam menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.

Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat tersebutsesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan sehingga di kuburkan. Sebaik -baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.

Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga , mengawal dan menentukan mayat akan lebih selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan..

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

“Wahai anak Adam! “ “Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?” “Apakah kamu mengumpulkan dunia ataukah dunia mengumpulkan kamu?” “Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu?” Sewaktu mayat di pikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan:

Wahai anak Adam! “Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.” “Sangat berbahagialah kamu jika amalanmu baik.” “Sangat berbahagialah kamu jika sahabat-sahabatmu dalam keredhaan Allah.” Sewaktu mayat di letakkan untuk di sholatkan maka ia di panggil tiga kali teriakan:

Wahai anak Adam! “Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!” “Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!” “Jika amal perbuatan kamu jelek, kamupun akan melihat jelek!” Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur Ia memanggil lagi dalam tiga teriakan

Wahai anak Adam! “Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?” “Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakhiran ini?” “Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?” Dan jika mayat di letak di liang lahat maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali

Wahai anak Adam! “Kamu diatas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perut ku menjadi menangis.” “Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.” “Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.” Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:

“Wahai hamba Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya.”

Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur. SubhanaAllah……

Posted @ www.hizbi76.blogspot.com Kredit kepada penulisnya. Terima kasih.

Friday, February 11, 2011

Jawatan Kosong Untuk Kalian Semua Penuh Diisi

Jawatan yang sememangnya perlu kita penuhi tuntutanya.

Tuesday, January 25, 2011

Keindahan Ilmu Matematik

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11 12 x 9 + 3 = 111 123 x 9 + 4 = 1111 1234 x 9 + 5 = 11111 12345 x 9 + 6 = 111111 123456 x 9 + 7 = 1111111 1234567 x 9 + 8 = 11111111 12345678 x 9 + 9 = 111111111 123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88 98 x 9 + 6 = 888 987 x 9 + 5 = 8888 9876 x 9 + 4 = 88888 98765 x 9 + 3 = 888888 987654 x 9 + 2 = 8888888 9876543 x 9 + 1 = 88888888 98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1 11 x 11 = 121 111 x 111 = 12321 1111 x 1111 = 1234321 11111 x 11111 = 123454321 111111 x 111111 = 12345654321 1111111 x 1111111 = 1234567654321 11111111 x 11111111 = 123456787654321 111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%? Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ Digambarkan sebagai: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika: KERJA KERAS 11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge 11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP 19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD 12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH 19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets