TAUTAN UKHUWAH
Wednesday, October 21, 2009
TAHNIAH & SYABAS : Kariman Versi Kota Kinabalu
Bonda Rahaila Bakal Bergelar Dr. (PHD)
Pada 18hb. Oktober baru ini, kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Bonda Rahaila di terataknya Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kebetulan rumahnya agar berdekatan dengan Seksyen 7, Bangi kediaman abang kami.
Bonda Rahaila berbesar hati kehadiran kami, dan sesungguhnya setelah tahun 2000 tempohari memang kami hanya ada sekali je sampai. Memang kencam sikit jalan menuju ke teratak tersebut, namun suasana amat berbeza dekat depan umahnya adalah Highway Besar ke Kajang.
Beliau kini sedang diakhir2 studynya untuk bergelar Dr. (PHD) dalam bidang pengurusan pentadbiran. Dan mengharapkan doa kalian utk terus berjaya, katanya. Dengan kini anak2 daranya semakin besar, sedikit keringanan buat bonda sekeluarga. 8 orang anak 2 lelaki dan 6 perempuan adalah harta bonda yang sangat berharga. Kalu kalian senang datang dan kunjungilah beliau di Jalan Melor, Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang.Tuesday, October 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Tok Riz & Family
Assalamualaikum,
Mohon maaf sebab sebelum nie kawan tak dapat nak contact korang semua sbb lebih kurang dua tahun yang lepas kawan terlibat dengan accident. So bermula pada awal 2009 barulah cuba meningati semula rakan-rakan lama dan kawan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua bertemu kembali rakan-rakan disini.Wallahu a'lam
Website :
1.http://www.riztec.org
2.http://pkgbagan.riztec.org
3.http://photographer.riztec.org
4.http://share.riztec.org
Email : riz575@gmail.com / mrriz575@gmail.com
Skype : mrriz575
YM : tokriz76 / mrriz76
Monday, October 19, 2009
Renungan sbg Insan Bermotivasi...
Motivasi Diri Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..
- Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

- Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

- Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

- Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

- Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
- Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

- Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

- Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

- Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

- Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
- Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

- Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
- Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
- Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
- Lakukan kerja seikhlas hati.
- Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
Thursday, October 8, 2009
Thursday, October 1, 2009
Kuala Terengganu Ke Kuala Penyu Sabah
Hasnul Hadi & Sarinah serta anak-anak
Hari raya baru ini saya tergerak hati nak beraya ke rumah kawan kita ni. Rupanya Hasnul minta cuti awal kerana tahun ini nak beraya dikampung... kalau tak silap hari rabu sebelum raya dia dah ada kat rumah maknya dikampung. Dan dia beritahu tahun ini balik beraya kerana isterinya ambil kursus KDC .
Jadi tak boleh balik hujung tahun lagi... Dikhabarkan kepada saya lagi anak yang sulongnya sekarang berumur 5 tahun dan yang kedua 2 tahun. Tapi saya lupa lak nak tanya apa nama anak.... Gambar yang saya dapat di tu pun dari HP dia.No hp hasnul hadi 0135532124 .Sekian dari teman...................md abu
Jadi tak boleh balik hujung tahun lagi... Dikhabarkan kepada saya lagi anak yang sulongnya sekarang berumur 5 tahun dan yang kedua 2 tahun. Tapi saya lupa lak nak tanya apa nama anak.... Gambar yang saya dapat di tu pun dari HP dia.No hp hasnul hadi 0135532124 .Sekian dari teman...................md abuSaturday, September 19, 2009
Tuesday, September 15, 2009
DERITA SAHABAT KITA
Selasa, 15 September 2009.
Petang tadi dalam pukul 6.05 pm Fahmi Hamid tel aku. Dia beritahu tentang berita yag betul-betul mengejutkan aku. Aku memang sedih dan tumpang simpati mendengarnya....
Aku rasa semua orang kenal Syed Hisyamuddin opsyen Matematik/Agama yang kini sedang mengajar di Selangor, di Bandar Baru Bangi kalau tidak silap aku.
Sebenarnya Syed Hisyamuddin sedang mengidap penyakit Barah Otak. Terkejut kan korang semua mendengarnya? Aku pun sana gak bila mula-mula mendengar berita tersebut.
Aku harap, kawan-kawan semua dapatlah bertanya khabar pada beliau. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kekuatan dan sokongan moral pada beliau.
Nombor telefon Syed Hisyamuddin : 013-3884001
TERIMA KASIH POK EDZ , RENTETAN ITU : admin berjaya menghubungi beliau pada pagi 16 September 2009
Alhamdulillah beliau yang kini masih dalam rawatan di Pusat Rawatan Islam Kratong, Sentul. Telah pun menjalani pembedahan batin terhadap Kawasan Kepala yang mempunyai ketumbuhan tersebut. Menurut beliau, selama 3 minit 20 saat beliau telah dibedah dengan cara rawatan tersebut. Alhamdulillah kini semakin pulih.
Beliau telah sah menerima ujian Allah ini pada 4/8/09 baru2 ini di Hospital UKM, K.Lumpur, setelah tidak selesa dengan rawatan yang dilalui dan atas nasihat rakan sekerja beliau maka memutuskan untuk membuat rawatan di pusat tersebut. Kini menjalani pantang dan telah pun mula menjalankan tugasnya semula disekolah dalam keadaan terkawal.
Sambil2 menjalani proses pemulihan ini, beliau juga kini sedang menanti2kan kehadiran cahaya mata beliau yang ke-5. Dijangkakan menjelang Syawal ini seorang Syed @ Syarifah akan muncul pembawa rezeki buat keluarga tercinta. Inilah REZEKI namanya.
Walau apapun kami kengkawan mengucapkan selamat menempuh ujian ALLAH semoga sihat sepenuhnya serta salam aidil fitri buat ahli baru dalam keluarganya.
INGAT : Jaga kesihatan itu suatu keFARDUan.
* Admin sedang berusaha untuk mendapatkan dan menguploadkan rakaman proses pembedahan batin keatas ketumbuhan di kepala Syed Hishamuddin....agar kita sama2 boleh berfikir..... dan berkongsi pengalaman dengannya.
Tuesday, September 1, 2009
BUAT KALIAN SAHABAT : ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya AMIR HAMZAH MUSA SEKELUARGA
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUKU PELAWAT
BERITA TERDAHULU
Powered by Blogger Widgets




