TAUTAN UKHUWAH

AMIR HAMZAH MUSA - 0194165969, HANAPI OMAR - 0199348790, MOHD HARIS ABU BAKAR - 0134135747 , MOHD ISAN (TELUPID) MT/PA - 0198043219, SYED AZEMAN (POK EDZ) - 0175851793 / 0199344250, RAHMAT RAWI - 0192388276, HALID SALIM - 0132627200, BAHARIN WAHAB - 0139001591, BAHRIN MOHD - 0199382819, NOORAZIZI HASHIM 0199896921, ISHAK - 0195425339, KARIMAN - 0198109400, ABD RAHMAN (MAN PENG) - 0199365224, ZAILAN AWANG - 0168134705 / 0135571897, MUHAMMAD FAHMI - 0195295673, HAIRI 0199132949, ANUAR RAZALI - 0195125112, BAHARUDDIN - 0139379375, TENGKU HASIPULLAH (POK KU) - 0198954811 / 0196237013, MOHD ISMAIL - 0198450410, ZULFADLY (POK BENT) - 0139376784, SYED HISHAMUDDIN - 0163944849 / 0192080075 / 0133884001, MOHD ABU FADREY - 0196504326, WAN OTHMIADI (ABG LONG) - 0199349113, NAJIAH - 0165970152, WAN KAMARIAH - 0192532537, PN. RAHAILA - 0193325461, BADROL PA/KT - 0132064738, FADZELI TUMIRAN PA/PJ - 0199316385, SHAHROL ANUAR PA/PS - 0195564989, NASIR PRA/BM - 0196933101, NAWI PRA/BM - 0192697484, YUSMIZAL PRA/BM - 0166170793, MAT PRA/BM - 0199183418, SHAMSIAH PRA/BM - 0123023143, FAIZUL PRA/BM - 0129641085, RONZI PRA/BM - 0192488076, AZAM PRA/BM - 0132349097, NAIM PRA/BM - 0193698719, HANIF Jr MT/PA - 0195550177,

Saturday, June 20, 2009

FAHMI HAMID SEMAKIN BAIK

Masa cuti sekolah Mei lepas Mesin Basuh sempat berjumpa dengan Fahmi. Kelihatan dia semakin baik... Walau bagaimana pun beliau masih perlu mendapatkan rawatan 2 kali seminggu di HBKB ( rawatan cuci buah pinggang ). Semoga Allah cepat sembuhkan penyakit beliau... Amin.

Thursday, June 18, 2009

Influenza A (H1N1)

Apakah Virus Influenza A (H1N1)? Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja. Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia? Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik. Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom). Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Saturday, June 13, 2009

Orang Kulim Menjengah Kini.... Mai Datang no...

Kiriman email daripada Md Fauzi..... to admin
Assalamualaikum ..
sebelum tu, sorry bebanyak lah coz lambat join ngan u all... ok, nie pic terbaru my family .. ... sepintas lalu tentang my family.. ana .. SK Sg Ular, kulim.. my wife Mumtazah Md Zubir => SK Labu Besar, Kulim Kedah Anak sulong => Muhammad Fawwaz (4 1/2 tahun) => no. 2 . Farah Batrisyia (1 1/3 tahun ) ... no. 3 .. dlm proses.. lagi nak cerita apa tak tau ..ha, no. tel 013-4368813 .. Alhamdulillah dah settle degree,, cuma tunggu konvo n DG 41 .. kepada semua kengkwn .. bila mai kedah .. " Dont forget me, n jemputlah ke teratak buruk kami""

Sunday, June 7, 2009

Selamat Bercuti....

Minggu Ke-2, minggu percutian bagi kami. Salam Percutian Buat Sahabat2 Kalian, jauh dan dekat nun disana.

Wednesday, June 3, 2009

Tak leh masuk Kelate : 'Berbaloi-baloi'

Konsert rock jelajah Malaysia oleh otai rock Malaysia SEARCH "berbaloi-baloi" telah diadakan di Trengganu minggu lalu namun Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut. Nampaknya walau pun Amy sering berjumpa dan cium tangan Tok Guru Nik Aziz tapi masih tidak boleh menembusi Kelantan.Mat-mat Kelantan kalau nak tengok Search pergi ke negeri lain yer.. Amy sertai PAS Saya mendengar teguran Ustaz Mursyid di radio JBFM berkenaan dengan konsert Jomheboh di Danga Bay JB ahad lepas. Walaupun dia tidak bercakap direct konsert tersebut adalah Jomheboh tapi memandangkan event tersebut baru berlaku di JB confirmlah konsert yang dikatakan itu adalah konsert Jomheboh. Dia kata wajib bagi dirinya menegur mengenai haramnya bercampur gaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, bersentuh-sentuhan, bergesel-gesel bahu, tidak menutup aurat dan mungkin tidak sembahyang Maghrib. Beliau bersangka baik semua penonton konsert tersebut sembahyang jemaah dulu. Tahniah kepada Ustaz Mursyid yang berani menegur walaupun secara beralas-alas...

Friday, May 29, 2009

DARI JERANGAU KE SEREMBAN

Ratmat Rawi (kiapicanto_05) , kini bertugas di SK Panchor, Seremban. Diam tak diam sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata yang bernama Muhammad Irfan Najwan (4 thn) & Nur Khayra Insyirah (3 thn) dari ibu pertama Pn. Sutina Muhammad Hanip (SK Taman Seri Pagi). Ibu kedu belum dirancang lagi. Nampaknya beliau dah pun bermastautin di Seremban dengan mempunyai aset bersama anak orang minang disana. Anywere, syabas dan tahniah. Dengar2nya juga beliau sedang study out campus gak. Dengan berita yang ringkas ini mungkin kita akan dapat mengingati semula ukhuwah yang terbina dibawah Al-Khawarizmi MPI 97-00 satu ketika dahulu. Rahmat Rawi - 012-2404784 Hizbi76 sedang menjejak lagi sahabat2 lain agar dapat disatukan tautan silaturrahim sesama kita moga ianya akan menjadi kenyataan. Buat sahabat lain sudilah kiranya bila bertemu sahabat berkenaan , laporkan beritanya ke teman kat sini leh kongsi2 dan kalu boleh photonya sekali. kerana photo lebih berkesan dalam penyampaian mesej dan ceritanya dibandingkan text bacaan seperti ini. - wassalam, Oh ya kat mana nak buat alumni tahun ini ? klik respon berikan jawapan dan pandangan. Vote tu mcm xnak mengalah je.....

Thursday, May 7, 2009

Sekadar Renungan Negaraku Kini Tinggal Realiti

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar. Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16. Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua. Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia. Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu. Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini. Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja. Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.'' Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu. Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku. Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya. Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari. Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan. Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku. Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali. MOHD. ALI MUHAMAD DON Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru

BUKU PELAWAT

BERITA TERDAHULU

Powered by Blogger Widgets