TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........
TAUTAN UKHUWAH
Sunday, June 28, 2009
Sunday, June 21, 2009
Kiriman Sahabat.... SK Dato' Abu Bakar Baginda
Saturday, June 20, 2009
FAHMI HAMID SEMAKIN BAIK
Masa cuti sekolah Mei lepas Mesin Basuh sempat berjumpa dengan Fahmi. Kelihatan dia semakin baik... Walau bagaimana pun beliau masih perlu mendapatkan rawatan 2 kali seminggu di HBKB ( rawatan cuci buah pinggang ).
Semoga Allah cepat sembuhkan penyakit beliau... Amin.
Thursday, June 18, 2009
Influenza A (H1N1)
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Saturday, June 13, 2009
Orang Kulim Menjengah Kini.... Mai Datang no...
Kiriman email daripada Md Fauzi..... to admin
Assalamualaikum ..
sebelum tu, sorry bebanyak lah coz lambat join ngan u all...
ok, nie pic terbaru my family ..
... sepintas lalu tentang my family..
ana .. SK Sg Ular, kulim.. my wife Mumtazah Md Zubir => SK Labu Besar, Kulim Kedah
Anak sulong => Muhammad Fawwaz (4 1/2 tahun)
=> no. 2 . Farah Batrisyia (1 1/3 tahun )
... no. 3 .. dlm proses..
lagi nak cerita apa tak tau ..ha,
no. tel 013-4368813 ..
Alhamdulillah dah settle degree,, cuma tunggu konvo n DG 41 ..
kepada semua kengkwn .. bila mai kedah ..
" Dont forget me, n jemputlah ke teratak buruk kami""
Sunday, June 7, 2009
Selamat Bercuti....
Minggu Ke-2, minggu percutian bagi kami.
Salam Percutian Buat Sahabat2 Kalian, jauh dan dekat nun disana.
Wednesday, June 3, 2009
Tak leh masuk Kelate : 'Berbaloi-baloi'
Konsert rock jelajah Malaysia oleh otai rock Malaysia SEARCH "berbaloi-baloi" telah diadakan di Trengganu minggu lalu namun Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut.
Nampaknya walau pun Amy sering berjumpa dan cium tangan Tok Guru Nik Aziz tapi masih tidak boleh menembusi Kelantan.Mat-mat Kelantan kalau nak tengok Search pergi ke negeri lain yer..
Saya mendengar teguran Ustaz Mursyid di radio JBFM berkenaan dengan konsert Jomheboh di Danga Bay JB ahad lepas. Walaupun dia tidak bercakap direct konsert tersebut adalah Jomheboh tapi memandangkan event tersebut baru berlaku di JB confirmlah konsert yang dikatakan itu adalah konsert Jomheboh.
Dia kata wajib bagi dirinya menegur mengenai haramnya bercampur gaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, bersentuh-sentuhan, bergesel-gesel bahu, tidak menutup aurat dan mungkin tidak sembahyang Maghrib. Beliau bersangka baik semua penonton konsert tersebut sembahyang jemaah dulu. Tahniah kepada Ustaz Mursyid yang berani menegur walaupun secara beralas-alas...
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUKU PELAWAT
BERITA TERDAHULU
Powered by Blogger Widgets